Tuesday, December 20, 2011

Tutorial Pasang GPS Papago X5 Dalam Phone Android

Ok...  Harini saya nak kongsikan tips tuk pasang application GPS  Papago X5 dalam phone jenis android..Tapi sebelum tu pastikan phone dilengkapi dengan BUILT IN GPS contoh cam phone brand Samsung yang saya tahu cam Galaxy mini, Galaxy Y ngn seangkatan dengannya dan kalu brand Sony plak cam Xperia X8 dipendek kate tepon yang ade BUILT IN GPS lah..senang cerita!

Mula2..ce download file ni dalam komputer:
Papago X5 (52.85mb)

Pastu yang ni plak tuk map  :
Malaysia Map (160.51mb)

Ok skrang seme file dah ade kan??
ikut langkah ni plak..

1.Extrack Papago X5.rar ke dalam komputer dan korang akan dapat  NaviSEA folder, instruction & PAPAGO_X5SEA.apk  kan?

2.Copy @ Cut PAPAGO_X5SEA.apk tu kat dalam memory tepon korang pastu korang instal lah dalam tepon korang tuh..

3.Pastu Install file yang MAlaysia Map tu kat dalam komputer korang dekat C(default destination)..TAPI pastikan korang pilih version PAPAGO X5 FOR ANDROID yea takut nanti xjadi pula.. Dan lepas instal tu korang akan dapat folder  Maps > MFM-PPG-110823C dalam harddisk  C:/Navi.

4.Copy seme file dalam Maps > MFM-PPG-110823C tu  pastu korang paste kan kat dalam tepon korang dalam file NaviSEA\Maps\Country_Name Malaysia tau..




Done!!! yeah! skrang dah siap dah pasang mende alah tu dalam tepon..korang blehla on kan tepon korang dan test jadi or x... untuk pilih destinasi korang tekan butang POI Search n nanti tekan set destination...

Selamat mencuba!!

Wednesday, October 12, 2011

Isu Hukum Hudud

Kebelakangan ni kerap sangat kite dengar pasal hukum hudud yang Pas nak jalankan kat negeri Kelantan..itula inila.. Tapi pelik bila ramai macam xleh terima pelaksanaan hukum hudud ni,padahal dah jelas walau macammanapun sekali pun hukum tu tetap kite kna laksanakan,memang dah termaktub dalam undang2 Islam dan sebagai seorang pemerintah negara wajib melaksanakan hukum ni... Dan yang pasti Hukum Hudud ni ialah hukum Allah,bukan hukum manusia yang boleh kite ubah sesuka hati ayah tiri orang lain.he3.. Dan yang paling penting siapa kita nak persoalkan hukum ALLAH?

Tapi yang paling buat ak hangin bile ade je makhluk2 Allah yang xberilmu atau yang jenis main hantam ikut hati bercakap pasal hukum hudud,adahal diorang langsung xtahu apa itu hudud,kalau tanye maksud kompem2 xleh jawab terutama golongan public figure Malaysia kite ni,tapa rasa malu dan xberilmu main cakap je pasal hudud,lau sokong xpela,ni cakap xsesuai la,itu la inila...ce tengok komen2 contoh orang bercakap tanpa ilmu kat sini ....


dan ni plak orang yang bercakap dengan ilmu..KLIK!!!..korang bacala apa yang hamba Allah ni tulis,mungkin akan bukak mate kita semua tentang hudud ni...

Jadi janganla cepat melatah bila sesuatu tentang Islam hendak dijalankan... Research dulu betul2,paham elok pastu baru komen...


Sekian terima kasih...:)

Tuesday, February 8, 2011

Macam macam..huh!

Assalamualaikum........

Apo khabar orang kampung?hehe udah lame rasanye x update blog nih..maklumlah bz ckit...Baru lpas balik kg,lagpun kt kg xde tenet jadi susahlah sikit penulis nak menconteng kat blog nih...

Lepas penulis balik kat ptrjy balik, bukak je tenet macam2 bende dah berlaku,isu rusuhan di mesir dimana rakyat Mesir inginkan kebebasan dari pemerintahan kuku besi yang dijalankan oleh Hosni Mubarak.Rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak kerana Hosni Mubarak ni bersikap pro israel..Jadi ramai yang xsetuju dengan dia pastu suruh dia letak jawatan tapi makhluk ni degil xmau letak2 gak jwatan..Kepala batu betul..Padahal rakyat dah secara terang terangan nak kan pembaharuan..Walau ape2 pun pnulis bangga dengan rakyat Mesir kerana sedar pemimpin diorang tu pro israel..(malas nak tulis israel huruf besar,xlayak pun) huh!


Pastu tgah ak jalan dari atas blog hingga bawah tapak kaki blog tu terjumpelah atu blog nih...Isu die ala yang tgah hot aritu..ala ape eh..Ha! pasal chua soi lek hina calon Pas tuh...Chua soi lek secara terang terangan hina umat Islam yang iaitu Cik Normala kalau ak xsilap..Brani betul mamat bintang filem blue nih(dulu hangat pasal skandal video die tu)Ak hangin betul ngan mamat ni,xpenah2 lagi ak dengar isu macam nih..Xcukup2 ngan skandal video blue die tu ni nak wat hal plak..Xsedar kah pemimpin2 Umno di luar sana,tegurlah chua soi lek sebelum rakyat menegur dia dengan cara yang xsepatutnya..Ape apelah..huh!soba jela...

Huh! huh dan huh!geram betul ak..dah lah..Dah xde mood dah..Nanti ak sambung balik..(nak g menenangkan diri) huhuhu


Monday, January 24, 2011

Tu hak akulah...

Lame rasenye xmengupadate blog nih...maklumlah bz sikit...yela...balik2 keje letih,mandi smayang ape semua terus tido...waktu menghabiskan hari2 tua bersama kmputer semakin hari semakin ckit..huhu :(
Tadi mase tgah sedap2 on fesbuk terjumpe lah satu page nih..Wanita Islam jangan pakai legging!! ak pun bace la komen2 yang ade kat situ...ramai yang menyokong wanita ISLAM xsepatutnye memakai legging...tapi tgah ak syok bace mende alah tu tibe2 ade plak yang komen pakai legging ni hak masing2....Ish bukanke kite ni hak Allah jadi bukannya hak kite tuk memakai sesuka hati jantung dan paru2 kite!!....Huh!

Korang tengok sedirilah cantik ke pakai macamnie...
 Kalau la isteri ak camni sah2 ak antar dia kat mak die balik suh blajar cara memakai yang sopan,xpun bagi je penampar ckit...Eh jap2,bile mase plak ak kawin? tetibe je ade isteri nih..hehehe...

Friday, January 7, 2011

Pengaruh Freemason Dalam Infrakstruktur..

Kita sering dengar khabar2 tentang freemason kat Malaysia sekarang ni...Adakah benar gerakan ni dah mempengaruhi corak seni bina bangunan di Malaysia??



Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.



Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.




Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..



Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.



Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya


Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar.. 


Di Alamanda, Putrajaya.



Presint 5, Putrajaya.


Yang ini jelas "mata"nya


Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?



Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.



Tuesday, January 4, 2011

Kiamat Satu Pengakhiran

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya zaman ini terbahagi kepada 4 fasa semasa zaman umat Nabi Muhamad sebelum berlakunya kiamat...

  1. Mengikut Rasulullah, fasa 1 bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup..Zaman ini telah berlalu..

  2. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh orang Khulafa Ar Rashidin, zaman ini juga telah berlalu...

  3. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit" .."menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka sahaja..Pada fasa ini kita dapat lihat kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki..Ini juga telah berlalu..

  4. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela...

  5. Kemudian, setelah berlakunya fasa ke 4 akan datang pula fasa ke 5..Iaitu dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam..
Selepas berakhirnya fasa ke 5 maka berlakulah Kiamat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya...
Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 yakni sekarang ini akan kedatangan satu FITNAH, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana pada ketika itu kekuasaan telah berada pada tangan2 orang yang beriman, Dajjal juga tidaka kan muncul selepas fasa ke 5 kerana pada ketika itu tamadun manusia telah tamat..

Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis laknatullah mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa ke 4 itu adalah zaman SEKARANG!!

Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa ke 5 , seterusnya mengalahkan iblis di peringkat terakhir zaman manusia..


Tanda - Tanda Kiamat ( kecil )

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 

23. keluarnya dajjal

Dan tanda tanda besarnya pula ialah

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Sabda Rasulullah
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)