Sunday, December 19, 2010

Aku Masih Dara?

Cam ape2 ntah tajuk citer ni....cam xde citer laen dah nak wat...Ak xtaula ape motif pengarah ni wat citer camni dengan scene die tu yang seksi meksi dahtu bahase diorang gunakan punye la tinggi...

Sebenarnye pngarah2 filem camni cam dah xpikir sangat kesan akibat dari filem diorang yang "xtahu gapo" tu..Diorang xtahu yang budak2 zaman skarang ni mempunyai semangat Inquiry yang tinggi sangat...Nampak je tajuk ni terus nak tengok,pastu mula la nak tiru....Setakat scene yang islamic sikit2 tu xmenarik minat diorang langsung pun...Hmmmm..

Pastu yang paling ak xpuas ati bile masyarakat duk kutuk citer tu,ade je makhluk2 yang dengan bangganye mempertahankan citer ni yang jelas2 mampu merosakkan akhlak...Diorang cam bangga dengan filem2 camtu...Bagi ak filem ni tahap murahan je,saje wat tajuk ngan scene panas camtu tu bab nak tarik perhatian masyarakat sedangkan nilai2 Islam kat dalam tu cikit je lau nak dibangdingkan dengan implikasi yang akan berlaku kat budak2 yang nengok nih......



Yea memang betul citer ni nak membongkar masalah remaja  sambil2 nak sedarkan masyarkat tapi xkanla kene ade scene panas2 camtu,tengok jela gmbar kat atas ni...Cam dah bukan anak melayu plak ak nengok...

Harap2 lepas ni dah xde dah citer2 camni....



Cari kerja.....

Letih maen jalan2 g cari keje....keje nye banyak,tapi cam xtermampu plak ak nak wat....Xpelah,usaha TANGGA KEJAYAAN!! keep up work!!hehehe....cam omputih plak...

Time2 malam cam ni teringat plak kat kawan2 sekolah...huhuu..skrang ni hidup dah brubah,dah xde bangun pagi2 pastu menung lam bilik air 2 - 3 jam pastu baru mandi.,Kene bebel ngan mak sebab bangun lambat,peg sekolah lewat pastu nak masuk kelas tu kene curi2 sbab takut nampak dek cikgu disiplin..hehehe...Rindunyer nak g skolah balik... :(

ni la gambar terakhir kitorang mase last exam ari tu.....

ni plak gambar bebudak kelas aku....

5 Sains Sukan

Saturday, December 18, 2010

Solat????

Nak dijadikan cerita....(mase perjalanan nak datang sini {putrajaya} )

Tadi mase tengah asyik melayan perasaan tibe2 ak tersentak dek bas yang aku naik tu, tibe2 je berhenti....Bas ni berhenti bab nak bagi penumpang2nye mngalas perut diorang ngn nak bagi peluang tuk umat Islam tunaikan solat....Ak ape lagi cepat2 turun g tandas, lepas tu aku g la kat surau tepi kedai makan tu bab nak solat zohor la....takut terlepas lak nanti...huhuuhu....Aku bukan nak ckap ak solat zohor, tapi ak nak cakap boleh dikate katekan 7% je yang turun tuk solat, yang lain seme g makan.. terpikir aku sejenak camne la nasib diorang ni yang xsolat,buatnye bas yang kitorang naik tu accident or ape2 xke cam tersangkut pastu "PERGI" dengan gitu je...Tah cam xlengkap je pemergian tu,,,dah solat pun tak,itu skadar yang ak nampak la....xtahu la lau diorang solat kat tempat laen...

Tapi hakikatnya ni lah umat Islam zaman skarang,Islam pade name....Tapi cara hidup Islam langsung tak ditunjukkan lam khidupan...Hmmmmm..TAK TAHUKAH KITE SOLAT ITU TIANG AGAMA? lau solat pun kite tak buat macam mane plak bende laen????



Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”


Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”


Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”


Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.